Sekarang ini berada di rumah D-7-8,iaitu di kediaman samilwaliya.Ramai sungguh org di sini.Hingar bingar dan juga hiruk pikok tersembul di kalangan mereka yg berada di sini.Kedenganran juga mat peruh berkata"Mari pening...mari pening doh ni...!!" Gelak tawa menghiasi bilik comel ini.Kejap lagi dalam pukul 8pm-10pm,futsal akan dilangsungkan.Ramai yg dijangka hadir di malam ini.Antara line up yg dikenal pasti ialah maruding,padbang,sid,wangsi dan ramai lagi.Samini juga akan ade.Itu yg saya suka.....
Inilah yg dikatakan takdir.Hanya SEMBILAN orang sahaja yg mampu menghadirkan diri untuk futsal kali ini.Agak rezat.Namun,kegembiraan tetap dirasai.lebih2 lagi dengan kehadiran striker Maruding Maringgi yg menceriakan kem terengganu.Wansis juga tidak dapat hadir.Ketingnya bengkak disebabkan kecederaan lama.Kami faham dan akur.Yang paling membingungkan kami ialah kehilangan striker cum benteng terakhir iaitu Pad Band.Kami masih lagi bingung dan juga tertanya2 mengapa ini harus terjadi.Kami cuba untuk menghubunginya,namun tiada jawapan dari pihak beliau.Bingung bingai rasanya.
Gempar!Seekor ALIEN berwarna coklat telah dijumpai merayau di dalam kawasan perumahan berhampiran Apartmen Sri Kenangan baru-baru ini.Baca di bawah untuk berita serta bukti gambar.
Alien itu bagaimanapun telah berjaya diberkas oleh ahli rumah dan telah dibawa masuk ke dalam rumah ini.Haiwan bermata dua ini bagaimanapun,menolak untuk bekerjasama dengan kami.Maka kami telah mendera binatang ini secara fizikal dan mental ,bagi membolehkan ia memberitahu kami mengenai kewujudan planet lain selain bumi,yg mempunya kehidupan di permukaannya.Di bawah ini adalah antara deraaan-deraan yg telah,sedang dan akan dikenakan.
Di sini kita akan dapat mengetahui segala aktiviti yg sempat dirakamkan oleh kami,berkaitan segala gerak laku kami untuk hari2 tertentu.
Contohnya seperti hari ini, Selasa(5 Julai 2005),kami sempat lepak2 di wisma central.Kami itu ialah aku,sid,fuad dan aro.Kami lepak2 sambil bercerita mengenai seluruh masalah dunia amnya dan masalah ayah pin khususnya.Gambar-gambar di bawah ini sudah cukup untuk menceritakan betapa merihanya suasana di WC petang tadi.Keriuhan,gelak tawa ria serta jenaka,bagai menambahkan lagi kemeriahan petang selasa.
Kitorg berkumpul ni adalah dalam lebih kurang pukul 6pm macam tu.Masa aku sampai,aku tengok aro sedang sibuk makan nasik,fuat tengah cakap telefon dan sid terkebil-kebil.Aku macam biasa,menyapa dengan penuh sopan dan tertibnya.Nampaknya,kedatangan aku tidaklah begitu disenangi.Buktinya,aku disuruh duduk di dalam posisi yg memalukan,iaitu dengan meletakkan kerusi di dalam posisi antara lantai dalam restoran dan juga lantai luar.Senget.Namun aku hanya tersenyum dengan gelagat diorg.Mungkin diorg rezat tu.Jadi aku x banyak cakap lah.Faham dengan situasi diorg.
Bila aku duduk je,diorg mula cakap dalam bahasa alien.Aku dah agak dah.Kalau duduk semeja dengan budak2 architect@LA ni,mulalah diorg cakap pasal benda2 yg aku dok tahu.Cih! Dakpe.Jadi,aku pun mulalah bukak cerita pasal ajaran sesat ayah pin.Ya! Nampaknya tindakan aku itu berjaya menarik minat mereka.Mereka terpengaruh dan masing2 mula membuka cerita masing-masing.Oh ye!Sekiranya anda ketika membaca artikel ini dan tetiba teringin untuk mengecheck email anda,silalah klik pada link yg disediakan di bawah ini.Bukan ape,ianya memudahkan(sebenarnya aku saje nak tunjuk skil html aku...)
Hotmail
Yahoo! Mail
Jangan klik sini!!!
6 Julai 2005(9pm)-Kedengaran suara 2 orang budak rumah yg baru balik.Mereka itu ialah jejaka faiti dan juga jejaka afit.Mereka balik dan bising bango.Serabut pale.Afit mari masuk bilik aku,lepas tu,dengan suara tinggi,bertanya "Bakpe mu tepong aku TADI???!!!"...hmm..ape yg tak kena dengan si afidafis ni?hmm..xpela..maafkanlah dia..mungkin dia tak sengaja MENINGGIKAN suara.
Bertempat di stadium Malawati Shah Alam pada 9 Julai 2005 iaitu Sabtu malam, aku dan amir telah pergi menonton konsert AF di sana.Kami mendapat tiket free yg diberikan oleh Andi dan sang isteri,Ana Kuni.Kami terhibur.Di sini dipaparkan beberapa gambar yg diambil.Malangnya,gambar2 ini adalah selepas AF,iaitu ketika makan malam.Ini kerana kami ingatkan kamera tidak bole bawak masuk,itu la pasal takde gambar yg diambil dari dalam.Ambik dari luar pun,jadilah! *Letakkan cursor anda atas gambar untuk membaca penerangan
Pada jam 4.30pm hari sabtu,aku,amir,fairus dan ah Fit mulakan sessi jamming di studio abang fuat dan amir.Kami memulakan lagu Shade(Silverchair) dan lagu-lagu seperti I'll stick around,Crosstown Traffic,Purple Haze,Learn to Fly etc.Kami rase sungguh happy dan selesa.Gambar-gambar yg anda saksikan di bawah ini adalah di antara aksi-aksi yg sempat di rakam:
*Letakkan cursor anda atas gambar untuk membaca penerangan
Selain itu,kita juga dapat saksikan betapa giatnya persiapan yg dilakukan ketika sebelum jamming session.Bersungguh sungguh skali ye.Macam tahik ye...tetapi itulah intipati untuk menjadikan Rumah Kenangan ini sebuah rumah yg begitu hebat dan dipandang tinggi oleh mereka yg berkolar biru dan putih.They just need a lesson....they need to learn..learn to fly...to fly like us..Flying without wings...
Perhatian! Diharapkan band fuat dan rakan-rakan dapat menyumbangkan sama ada artikel mahupun gambar-gambar untuk dimuatkan di dalam site ini.Terima Kasih!
Pada pagi jumaat(15hb Julai 2005), salah seorang penghuni rumah kenangan telah melakukan aktiviti kunjungan terhormat ke Sungai Petani Kedah dan juga sekaligus merangkumi lawatan muhibah ke Pulau Pinang.Bangun seawal jam 6am kerana tiket bas masih lagi belum dicari.Perjalanan ke Butterworth yg memakan masa lebih kurang 4 jam setengah ini sungguh menyeronokkan.Pemandangan sekeliling yg menarik membuatkan rase mengantuk itu begitu menjadi-jadi.Aku tido dalam bas...
Sesampai sahaja di Butterworth kira kira jam 1pm,aku dan arip gi makan kat warung berdekatan.Warung ni murah la jugak.RM7 untuk 2 pinggan nasik(lauk ayam dan sayur) dan juga 2 gelas teh ais.Kire murah la..muroh la NATANG!!!Lepas tu dalam pukul 2.30pm,member datang amik.Nama dia korn.Dia bukanlah suka makan jagung dan bukan juga peminat kumpulan KORN,tetapi dia adalah suka makan nasi ayam.
Lepas tu,merentasi hujan,kami pegi la umah member yg sakit tu.Sadis sungguh tengok dia tu...nak buat macam mana.Takdir.Kami harap dia cepat sembuh.Kami lapar...Kemudian kami menuju ke butterworth balik.Memulanya ingatkan nak pegi ke Bayan Lepas,nak carik tiket.Skali member kate baik layan makan ikan bakar kat padang kota malam tu.Jadi aku kensel balik malam tu,semata-mata nak makan ikan bakar.
Jadi masa lepak kat warung tu,ujan turun dengan lebatnya.Bayangkan restoran tu banjir! Dapur dia,air paras buku lali Andre The Giant...tempat aku duduk pun,air dah start nak.Aku amik gambar sebagai bukti(Lihat gambar2 di bawah!)
Lepas tu,bila hujan dah reda,aku dan kawan-kawan,menuju ke padang kota.On da way,ade pulak bagi cadangan,tukar tempat makan.Katanya makan kat Gurney Drive lagi ade mari.Aku ok je.Janji ade gadis-gadis seksi,kaya dan lawa yg single.Tapi malangnya,gurney drive sungguh la pack nya dengan lautan manusia.Jadi kami membuat keputusan untuk makan di padang kota saja.Padang kota adalah tempat otai berkumpul.
Kami makan ikan bakar,kerang bakar,sotong goreng kangkung dan juga nasik daging merah.Sedap.Pemandangan adalah sangat menarik.Penjaja dia situ sungguhla ramahnya.Duduk aje,ade la dekat 40ribu orang datang berkerumun,semua tanya nak makan ape dalam masa yg sama.Aku rezat.Aku sungguh rezat.Aku kate "air najis ade?" .Nasib baik mamak tolo tu dok dengor.
Jam menunjukkan 12am.Mata aku rezat.Badan aku letih.Jadi aku ajak balik.Aku balik tido umah member aku.Sebenarnya aku dok tido pun.LAyan borak sampai pukul 7am.Terus suruh dia antar aku gi kepala batas.Carik tiket.Nasib baik ade tiket.Aku sempat bfast dengan dia makan nasik lemak murah(teh ais die rase mcam palat),dan juga sempat buang air besar(berak najis) dan kemudiannya aku terlelap seketika di dalam perjalanan.....ZzzZz.
Begitulah kisahnya perjalanan aku....memang beh gi jalang ni!! Aku cadangkan trip kite ke Bali tu,diconfirmkan segera..Aku yakin mesti best!!
Sekian,wassalam....
P/S: Kepada budok laing hok nok kongsi pengalamang,sila antar artikel anda kepada saya.Tidak akan ditapis,namun siapa tahu.....
|