
Sukan air
Indah sekali gambar ini.Kelihatan Airul Azli sedang mengapungkan dirinya di dalam air dan kemudiannya seorang lagi rakan beliau,Fawaz cuba untuk berada di bawah badan beliau.Percaya atau tidak,ini adalah aksi di dalam air.Aksi ini drakam dengan menggunakan kamera digital Nikon E4800 dengan bukann 1/24 SX Fast Zoom 2A.Itulah sebabnya dapat menghasilkan imej seperti ini.Sebenarnya mereka berdua berada di dalam bilik,sedang tido berdengkor.Ini adalah hasil kejayaan teknologi masa kini yg mampu untuk berbuat apa sahaja.
|
 |

Suci
Keseronokan ketika berada di dalam air tidak dapat digambarkan.Dengan deruan bunyi pam air yg berdekatan,ditambahkan lagi dengan tiupan angin malam yg menyejukkan,menambahkan lagi keseronokan untuk kami mandi manda.Kadangkala,keseronokan itu membuatkan kami menjadi alpa dan terlupa kepada kelesuan dan juga kesibukan di tempat kerja
|
 |

Perbincangan serius
Mandi di kolam renang mungkin adalah sesuatu yg biasa bagi sesetengah orang.Namun tidak bagi penghuni Kenangan.Perbincangan yg terperinci serta terancang bagi menentukan kaedah ataupun style yg bakal ditunjukkan di kolam adalah amat penting.Faktor ini lah yg sentiasa dititikberatkan oleh penghuni Kenangan.Kelihatan di dalam gambar, 2 penghuni yang namanya dirahsiakan (bermula huruf A dan F),sedang sibuk memperkatakan mengenai latihan renang yg bakal mereka hadapi.Itu bukanlah tugas mudah.Ini adalah demi untuk menjaga nama baik Rumah Sri Kenangan juga.
|
 |

Sauron
Kita faham dengan keadaan semasa.Mungkin terlalu seronok ataupun terlalu teruja dengan keadaan.Inilah yg menyebabkan kadang-kadang berlakunya perkara perkara yg tak ingin kita saksikan.Faktor keadaaan semasa juga memainkan peranan penting.Namun kita akan cuba untuk mengatasi masalah ini dalam masa yg terdekat.Bukan kita mintak perkara ini terjadi,namun paparrazi tugasnya adalah untuk mencari berita sensasi.Gambar di atas menunjukkan seorang lelaki sedang memerhatikan seorang ahli rumah Kenangan sedang mandi
|
 |

Selami hati ini
"aku musafir hina, kini terluka di taman cinta..wwooo...engkau yg aku sayang...bunga larangan..sudah suratan..takdir tuhan...wowowo!
|
 |

Langkah kiri
Jangan biarkan diri anda diselubungi misteri nusantara
|
 |
Sebenarnya banyak perkara aneh yang berlaku di dalam rumah kenangan ini.Kisah spender berterbangan,makan plastik sampah serta beberapa lagi masih lagi menjadi misteri.Namun itu bukan la sesuatu yang membimbangkan.Namun sejak kebelakangan ini,berlaku beberapa perkara yang merunsingkan pemikiran.Ini bukan omong kosong.Bukti telah dikumpul.Gambar telah diambil.Jadi disini akan dikongsi beberapa perkara yang dapat dirakamkan:(rujuk gambar dgn tulisan biru)

(a)Aku Sepasang Kasut(Kasut SITE VISIT)
Balik sahaja dari kerja,kami dikejutkan dengan penemuan sepasang kasut berwarna coklat yang kelihatan diletakkan di kawasan tengah (betul-betul tengah) ruang tamu.Daripada gambar dapat disaksikan betapa sepasang kasut misteri ini memblock ruangan antara ruang depan dan dapur.Ini merungsingkan dan kepada pihak yang bertanggungjawab diharap dapat tampil memberi keterangan.Saspek masih lagi bebas...
|
 |

(b)Peti sejuk sempit??!
Sudahlah dikejutkan dengan penemuan kasut misteri,jadi kami pun mengambil keputusan untuk membasahkan tekak.Namun apa yg ditemui didalam peti sejuk amatlah memeranjatkan!!Ketika membuka peti sejuk,kami telah menemui satu barang yang tidak dapat dipastikan apakah ia (sila rujuk gambar atas).Namun ia adalah seperti satu model berbentuk keranda.Barang ini sudah sejuk dan rasanya sudah lama diletakkan di dalam peti sejuk,iaitu bercampur sekali dengan hot dog dan juga burger.Apakah ini,persoalannya,menjadi intipati kepada masalah sosial yang semakin meruncing kini?Saspek masih lagi bebas...
|

(c)Gambaran lebih jelas
Ini merupakan gambaran lebih jelas mengenai barangan yg dijumpai di dalam peti sejuk.Kami hanya mampu menggelengkan kepala,tanda kehairanan dengan perkara ini.Mungkin satu bentuk protes,ataupun satu bentuk penjajahan bentuk baru.Mmm..hanya pemilik benda ini sahaja yg tahu...Fikirkanla PAITAN
|
 |

(d)Seluar sape die sidai atas tv?
Kita faham jugak kadang-kadang mengapa kasut diletakkan di tengah-tengah ruang tamu,mahupun model keranda diletakkan di dalam peti sejuk.Itu semua adalah agak normal.Tetapi,ini seluar sidai atas TV ni,ape benda basse ni??!Sudahlah kami terganggu untuk minum air minuman dalam peti sejuk,niat di hati nak main game.Skali,boleh pulak ade orang yg sidai seluar pendek biru tua dia atas TV.Seluar tu ade macam lembab-lembab skit.Nak alihkan ,takut dimarahi oleh tuannya.Jadi kami jadi makin rezat.
|

(e)Isu penyambungan saluran letrik
Nampaknya semuanya serba tak kena.Sudahla macam macam terjadi,bila nak masuk bilik air saja,lampu pulak tidak boleh dibukak.Kerosakan wiring disaspek.Kelihatan lilin yang dipasang,sudah lapok dan agak merbahaya dan tandas boleh terbakar.Kehadirang kebuk wasap juga membimbangkan.
|
 |

(f)Kasut milik Fu_t
Dari sudut yang lain,kita dapat melihat antara langit dan bumi.Bagaimana cantiknya susunan selipar yg diletakkan di "TEMPAT SEPATUTNYA" berbanding dengan kasut itu.Namun tiada guna untuk menuding jari kerana saspek masih lagi bebas
|

(g)Saksi #1
"Saya pun heran..macam mana perkara ini boleh berlaku.Saya balik saja,semua ini berlaku seperti sekelip mata.Saya rasa agak terkilan dan rase nak berok.Tapi yg peliknya,takdok pulok rase nak cirit.Oh! Pasal kasut tu,saya rase mungkin ianya perbuatan makhluk halus"kedengaran rungutan dari salah seorang saksi di tempat kejadian
|
 |

(h)Saksi yg sama
"You all kena fahan la dengan situasi ni.Fenomena ni mungkin kena kaji dan teliti.Err...you..you..err..fasal ni la.Amacam?Ok tak gaya saya ni?Sebenarnya,saya geram dengan orang yg sidai seluar kat atas TV tu.Saya ade saspek yg saya rase mungkin boleh disabitkan,tapi saya tak nak sebut"tegas saksi,sambil membisikkan nama ARO di telinga kami
|

(i)Saksi #2
"Saya balik kerja,lepas tu saya nampak benda-benda ni semua.Ishh.....saya tak marah.Tapi saya rasa pelik.Kenapa la sidai kat atas TV?Kenapa??!!Kenapa???"seraya menumbuk siku salah seorang saksi berkecuali di situ.
|
 |

(j)Tauladan
Sedang sibuk-sibuk kami memikirkan perkara yang berlaku,kami tiba-tiba tersedar akan kehilangan salah seorang dari kami,Afit.Kami menuju ke biliknya.Hmm..tersenyum kami apabila memandang beliau ada di di dalam biliknya.Kelihatan beliau sedang tekun melakukan kerjanya.Biliknya kelihatan kemas serta segalanya berada di dalam susunan.Kami bangga dengannya.Kerana itulah kami menunjukkan tanda bagus.
|

(k)Mendekatkan diri dengan-Nya
Gambar ini diambil secara senyap-senyap,tanpa disedari oleh pemuda yang berkopiah itu.Beliau kelihatan sedang khusyuk membaca menafsir sebuah kitab berjudul "HIKMAH IBADAH".Beliau yang kelihatan sopan dan bersih air mukanya,serius ketika gambar ini diambil.Kami di sini mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf kerana mengambil gambar ini secara curi-curi.Bukannya ape ,cuma untuk memberikan sedikit sebanyak tauladan kepada orang lain.(kelihatan juga beberapa kitab lain di tepi beliau,cuba perhatikan!)
|
 |

(l)Alhamdulillah
Gambar kandid ini menunjukkan seorang ahli rumah kenangan baru sahaja selesai membaca kitab.
|